Pernah satu ketika semasa saya menduduki Tingkatan Enam, seorang guru mahu kami membahaskan sebab-sebab kemunduran orang-orang Melayu di bidang ekonomi. Kebetulan ketika itu separuh daripada 32 orang murid dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang berbangsa Cina. Amat mengejutkan saya apabila beberapa murid yang berbangsa Cina bangun dengan lantang memberi hujah-hujah yang begitu menyinggung perasaan kami yang berbangsa Melayu. Saya masih ingat nama-nama mereka, antaranya Hoo Kooi, Ka Ghee, Choon Ming dan beberapa rakakan lain. Antara hujah-hujah mereka adalah - Pemikiran Melayu tidak sehebat pemikiran Cina; Melayu mundur kerana terperap dengan ugama Islam yang dianuti; Melayu lembab, Melayu pemalas dan berbagai lagi.
Saya jadi terpinga-pinga kerana guru yang berbangsa mamak Islam ketika itu hanya tersenyum diam. Saya juga hairan kerana rakan-rakan Melayu di kelas saya hanya tergamam membisu. Menyirap dengan hujah-hujah mereka, lantas saya pun bangun dan mencadangkan kepada guru iaitu Cikgu Sharif agar perbincangan mengenai perkara tersebut dihentikan kerana hujah-hujah mereka tidak berasas dan membuta tuli. Cadangan saya dibangkang oleh para pelajar Cina dan saya juga diketawakan kerana dikatakan takut menerima kenyataan. Guru masih berdiam diri. Saya memandang rakan-rakan namun mulut mereka bagaikan terkunci kerana tersentak dengan kata-kata rakan-rakan mereka yang berbangsa Cina.
Memandangkan tiada siapapun dari rakan-rakan saya yang bangun mempertahan dan menangkis kata-kata sinis pelajar-pelajar Cina tersebut lantaran saya pun bangun memohon untuk menyuarakan pendapat.
Saya masih ingat hujah-hujah saya seperti berikut. “Kawan-kawan, tidakkah kamu sedar bahawa kata-kata kamu tadi telah melukakan hati kami, tidakkah kamu sedar bahawa kata-kata kamu tadi telah menghilangkan rasa hormat kami terhadap kamu?
Kamu adalah golongan yang tidak tahu bersyukur, biadap dan kurang ajar. Kamu tidak bersyukur kerana nenek moyang kamu dahulu ditempatkan oleh penjajah British di tanah-tanah yang kaya dengan bijih timah, kamu ditempatkan di pekan-pekan utama dan berpeluang berniaga di tempat-tempat yang strategik. Tidak seperti kami bangsa Melayu yang hanya ditempatkan di tanah-tanah kampung dan bertani. Itulah cara penjajah British mengekalkan kuasa mereka, mengamalkan sistem pemerintahan pecah dan perintah. Sebelum Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan, kamu sudahpun mengaut kekayaan hasil bumi kami, kamu sudah pun mampu membina gedung bertingkat. Seandainya penjajah meletakkan kami ditanah-tanah lombong dan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di pusat-pusat tumpuan seperti yang kamu perolehi, saya pasti kami akan kaya seperti kamu.
Kamu menjadi sombong dan bongkak dengan setiap kekayaan yang kamu kecapi sekarang. Sedarkah kamu akan segalanya dapat kamu miliki adalah juga kerana keamanan dan kemakmuran negara ini, yang rata-rata tenaga yang mentadbir negara ini adalah dari bangsa Melayu, begitu juga dengan anggota polis dan tentera yang mengorbankan jiwa dan raga, hampir kesemuannya adalah juga bangsa Melayu. Apa pengorbanan kamu untuk tanah air? Mana nilai patriotism kamu mempertahan dan menjaga keamanan negara ini sebagai polis dan tentera? kalau adapun entah berapa kerat sahaja.
Kamu biadab kerana kamu menghina bangsa Melayu. Kamu menghina kami kerana kami tidak sekaya kamu. Kamu menghina kami tanpa mengkaji sejarah. Nenek moyang kamu bertandang sebagai pendatang. Sepatutnya kamu sedar tentang itu tetapi sayangnya kamu jadi lupa diri. Kamu merasa kamu hebat sedangkan segala kekayaan yang kamu warisi dari nenek moyang kamu sebenarnya adalah milik kami kerana nenek moyang kamu mengaut kekayaan dari bumi kami, Tanah Melayu. Apa hak nenek moyang kamu tiba-tiba datang ke tanah ini lantas mencuri kekayaan tanah kami?
Kamu kurang ajar kerana menghina agama Islam, ugama anutan kami. Apa yang kamu tahu sangat dengan agama kami. Kami tidak pernah menghina dan mengganggu ugama anutan kamu. Terima kasih kerana kamu telah menempelakkan diri kamu yang sebenarnya yang juga mencerminkan nilai kurang ajar kaum kamu sendiri. Sekurang-kurangnya kami tahu kami tidak boleh bergantung dan percayakan kamu. Kami juga perlu lebih berhati-hati dengan setiap langkah kami apabila berurusan dengan kamu. Sekiranya beginilah caranya pemikiran kamu terhadap kami, kamu tidak layak berpijak di bumi kami ini”.
Kata-kata saya membangkitkan kemarahan rakan-rakan kelas berbangsa Cina. Kemarahan mereka terbawa-bawa sehingga selepas waktu mata pelajaran tersebut. Kami yang berbangsa Melayu berkali-kali diejek dengan kata-kata ‘Melayu bodoh, Melayu bodoh’. Lantaran itu berlakulan pergaduhan kecil antara saya dengan ‘rakan-rakan’ sekelas yang berbangsa Cina itu.
Ironi daripada ‘perbalahan’ tersebut dapat saya simpulkan beberapa perkara. Masyarakat Cina bersedia bersatu mempertahankan hujah-hujah mereka walaupun kata-kata mereka tidak benar dan boleh mengguris perasaan orang Melayu; dan bangsa Melayu pula takut menyuarakan kebenaran demi menjaga hati dan perasaan rakan dan takut dituduh bersikap perkauman. Namun yang lebih mengejutkan saya ialah mengapakah rakan-rakan saya yang berbangsa Cina yang nampak akrab bersama kami telah ditanam pemikiran yang sedemikian rupa terhadap orang-orang Melayu? Persoalannya ialah siapakah yang membentuk mereka menjadi sedemikian?