Bagi anda yang pernah menjalani kehidupan kanak-kanak di luar bandar ketika itu, sudah pasti anda pernah berlarian di celah-celah denai, bermandian di parit-parit dan tali air, memanjat pokok, melastik burung, menyauk dan memancing ikan dan sebagainya. Bagi saya, saya melalui zaman itu bersama adik, abang-abang, kakak serta bersama rakan-rakan kami. Ingin saya ulangi bahawa selain rakan-rakan Melayu, rata-rata rakan-rakan kami ketika itu berbangsa Cina dan India.
Kami membina rakit dari batang pokok pisang, mendaki bukit, bermain tanah liat, memakan buah-buahan yang tumbuh liar di hutan seperti buah rambai, buah salak, buah ungu, kami memetik pucuk-pucuk daun yang boleh dibuat sayur dan ulam. Seperti kanak-kanak yang lain kami juga bermain bolasepak, bermain layang-layang dan berbagai lagi. Permainan ‘karilapayat’ iaitu permainan tradisi masyarakat India juga kami adalah sbahagian daripada permainan kami.
No comments:
Post a Comment