Saturday, November 6, 2010

Apa Bezanya..

Satu kepuasan melatih mereka yang patuh pada arahan
Tanpa prajudis saya bertanya, adakah anak-anak anda mempunyai rakan-rakan akrab yang berlainan bangsa?  Adakah anak-anak anda boleh berbahasa atau memahami lain-lain bahasa yang dipertuturkan di negara ini?  Adakah anak Melayu boleh bernyanyi satu atau dua lagu Cina atau lagu India? Adakah anda menjadi contoh kepada anak-anak kerana anda akrab dengan jiran-jiran yang berbilang bangsa?  Atau rakan-rakan akrab anda hanya berada dalam kelompok bangsa anda sahaja?

Rakan-rakan, di sinilah akar umbi permasalahan perkauman yang kita hadapi sekarang ini.  Apabila isu perkauman dibangkitkan, kaum masing-masing menunding jari ke arah kaum yang lain.  Rata-rata generasi masa kini sudah tidak ada lagi perasaan kasih sayang dan hormat menghormati sesama kaum.  Kaum Cina, India dan Melayu saling salah menyalahi.  Pantang tercuit sedikit, pasti ada yang melenting.  Lebih teruk lagi kaum Melayu sudah berpecah sesama mereka, kaum Cina sudah tidak bersatu dan kaum India saling salah menyalahi.

Pasti ada yang mengatakan, “Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang.  Dahulu tidak banyak yang mahu dikejar dalam kehidupan.  Masyarakat dahulu terima seadanya.  Mereka kurang berpelajaran. Tekanan hidup mereka tidak sehebat sekarang.  Masyarakat sekarang mengejar kesempurnaan.  Sekarang zaman globalisasi, siapa yang ketinggalan dia akan tertindas”.

Memang bijak generasi sekarang berbicara.  Maklumlah sudah belajar tinggi.  Sedangkan mereka yang di kampung pun sudah petah berpolitik apakan lagi anak-anak muda yang pernah merantau jauh.  Mereka berpegang kepada prinsip ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing’. 

No comments:

Post a Comment