Friday, November 12, 2010

CINA YANG TAMAK DAN HALOBA

Lambang kepahlawanan
Akibat daripada sikap ‘tidak apa’ orang Melayu, sikap terlalu bertolak ansur, sikap ‘biarlah mereka’, sikap terlalu merendah diri, akhirnya Melayu mula hilang milik dan hak mereka satu persatu.  Sikap ‘rakus dan bersatu' masyarakat Cina membuatkan mereka dapat apa yang mereka mahu.  Masyarakat Cina sudah memonopoli lebih 70% kekayaan negara ini tetapi mereka masih tidak senang hati.  Lebih hina lagi apabila mereka mahu kuota 30% equiti yang diperuntukan kepada bumiputera di pecah-pecahkan kepada kaum lain walaupun masyarakat Melayu masih terkapai-kapai, teraba-raba dan belum pun merasai pencapaian 20% daripadanya.  Seandainya situasi ini berterusan maka entah apa lagi yang tinggal untuk generasi Melayu akan datang.
UMNO harus lebih kental dan tidak harus bergoyang dalam menegak dan mempertahankan hak orang-orang Melayu

Apakah Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya mampu menyaingi kaum Cina?   Tidak mungkin kita mampu menyaingi mereka untuk beberapa dekad ini.  Mereka sudah jauh meninggalkan kita.  Ekonomi negara sudah di tangan mereka.  Mereka sudah mula berniaga sejak negara ini belum mengecapi kemerdekaan.  Kita pula hanya mengenali dan berjinak-jinak dengan perniagaan pada tahun-tahun 80an iaitu setelah lebih 30 tahun negara kita dimerdekakan.  Ketika kita baharu berjinak-jinak menjual burger, masyarakat Cina sudah menguasai gedung-gedung perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.  Ilmu perniagaan mereka jauh terkehadapan.  Mereka sudah menguasai semua bidang perniagaan dan perkhidmatan. Perbezaannya dengan kita bagaikan langit dengan bumi, bagaikan semut menandingi gajah.  Sudah tidak mungkin lagi kita dapat menyaingi mereka.  Jika begini keadaannya maka apa lagi yang mampu dilakukan oleh orang-orang Melayu?  Sikap rakus kaum segelintir pemimpin cina yang mahu memecahkan ekuiti 30% bumiputera benar-benar mahu membenamkan dan menekan orang-orang Melayu khasnya dan kaum bumiputera amnya maju dalam ekonomi.

Monday, November 8, 2010

THE STAR ONLINE NOV 9, 2010

Lack of patriotism among reasons for lack of non-Malays in armed forces

By YUEN MEIKENG


KUALA LUMPUR: A lack of patriotism was one of the possible reasons for the small number of non-Malays in the armed forces, Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi told Parliament Tuesday.

He said Chinese and Indians made up less than 1% of the new recruits in 2008/2009, in his reply to Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) during question time.

Dr Ahmad Zahid said the small number of non-Malays could also be due to various other factors, such as concern over the strict discipline imposed, lower returns compared to jobs in the private sector, lack of encouragement from families and negative perceptions towards the army.

Sunday, November 7, 2010

CINA MUDAH LUPA

Pernah satu ketika semasa saya menduduki Tingkatan Enam, seorang guru mahu kami membahaskan sebab-sebab kemunduran orang-orang Melayu di bidang ekonomi.  Kebetulan ketika itu separuh daripada 32 orang murid dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang berbangsa Cina.  Amat mengejutkan saya apabila beberapa murid yang berbangsa Cina bangun dengan lantang memberi hujah-hujah yang begitu menyinggung perasaan kami yang berbangsa Melayu. Saya masih ingat nama-nama mereka, antaranya Hoo Kooi, Ka Ghee, Choon Ming dan beberapa rakakan lain. Antara hujah-hujah mereka adalah -  Pemikiran Melayu tidak sehebat pemikiran Cina; Melayu mundur kerana terperap dengan ugama Islam yang dianuti; Melayu lembab, Melayu pemalas dan berbagai lagi.

Saya jadi terpinga-pinga kerana guru yang berbangsa mamak Islam ketika itu hanya tersenyum diam.  Saya juga hairan kerana rakan-rakan Melayu di kelas saya hanya tergamam membisu.  Menyirap dengan hujah-hujah mereka, lantas saya pun bangun dan mencadangkan kepada guru iaitu Cikgu Sharif agar perbincangan mengenai perkara tersebut dihentikan kerana hujah-hujah mereka tidak berasas dan membuta tuli.  Cadangan saya dibangkang oleh para pelajar Cina dan saya juga diketawakan kerana dikatakan takut menerima kenyataan.  Guru masih berdiam diri.  Saya memandang rakan-rakan namun mulut mereka bagaikan terkunci kerana tersentak dengan kata-kata rakan-rakan mereka yang berbangsa Cina. 

Memandangkan tiada siapapun dari rakan-rakan saya yang bangun mempertahan dan menangkis kata-kata sinis pelajar-pelajar Cina tersebut lantaran saya pun bangun memohon untuk menyuarakan pendapat.

Saya masih ingat hujah-hujah saya seperti berikut.  “Kawan-kawan, tidakkah kamu sedar bahawa kata-kata kamu tadi telah melukakan hati kami, tidakkah kamu sedar bahawa kata-kata kamu tadi telah menghilangkan rasa hormat kami terhadap kamu?

Kamu adalah golongan yang tidak tahu bersyukur, biadap dan kurang ajar.  Kamu tidak bersyukur kerana nenek moyang kamu dahulu ditempatkan oleh penjajah British di tanah-tanah yang kaya dengan bijih timah, kamu ditempatkan di pekan-pekan utama dan berpeluang berniaga di tempat-tempat yang strategik.  Tidak seperti kami bangsa Melayu yang hanya ditempatkan di tanah-tanah kampung dan bertani.  Itulah cara penjajah British mengekalkan kuasa mereka, mengamalkan sistem pemerintahan pecah dan perintah.  Sebelum Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan, kamu sudahpun mengaut kekayaan hasil bumi kami, kamu sudah pun mampu membina gedung bertingkat.  Seandainya penjajah meletakkan kami ditanah-tanah lombong dan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di pusat-pusat tumpuan seperti yang kamu perolehi, saya pasti kami akan kaya seperti kamu.

Kamu menjadi sombong dan bongkak dengan setiap kekayaan yang kamu kecapi sekarang.  Sedarkah kamu akan segalanya dapat kamu miliki adalah juga kerana keamanan dan kemakmuran negara ini, yang rata-rata tenaga yang mentadbir negara ini adalah dari bangsa Melayu, begitu juga dengan anggota polis dan tentera yang mengorbankan jiwa dan raga, hampir kesemuannya adalah juga bangsa Melayu.  Apa pengorbanan kamu untuk tanah air?  Mana nilai patriotism kamu mempertahan dan menjaga keamanan negara ini sebagai polis dan tentera? kalau adapun entah berapa kerat sahaja.

Kamu biadab kerana kamu menghina bangsa Melayu.  Kamu menghina kami kerana kami tidak sekaya kamu.  Kamu menghina kami tanpa mengkaji sejarah.  Nenek moyang kamu bertandang sebagai pendatang.  Sepatutnya kamu sedar tentang itu tetapi sayangnya kamu jadi lupa diri.  Kamu merasa kamu hebat sedangkan segala kekayaan yang kamu warisi dari nenek moyang kamu sebenarnya adalah milik kami kerana nenek moyang kamu mengaut kekayaan dari bumi kami, Tanah Melayu.  Apa hak nenek moyang kamu tiba-tiba datang ke tanah ini lantas mencuri kekayaan tanah kami? 

Kamu kurang ajar kerana menghina agama Islam, ugama anutan kami.  Apa yang kamu tahu sangat dengan agama kami.  Kami tidak pernah menghina dan mengganggu ugama anutan kamu.  Terima kasih kerana kamu telah menempelakkan diri kamu yang sebenarnya yang juga mencerminkan nilai kurang ajar kaum kamu sendiri.  Sekurang-kurangnya kami tahu kami tidak boleh bergantung dan percayakan kamu.  Kami juga perlu lebih berhati-hati dengan setiap langkah kami apabila berurusan dengan kamu.  Sekiranya beginilah caranya pemikiran kamu terhadap kami, kamu tidak layak berpijak di bumi kami ini”.

Kata-kata saya membangkitkan kemarahan rakan-rakan kelas berbangsa Cina.  Kemarahan mereka terbawa-bawa sehingga selepas waktu mata pelajaran tersebut.  Kami yang berbangsa Melayu berkali-kali diejek dengan kata-kata ‘Melayu bodoh, Melayu bodoh’.  Lantaran itu berlakulan pergaduhan kecil antara saya dengan ‘rakan-rakan’ sekelas yang berbangsa Cina itu. 

Ironi daripada ‘perbalahan’ tersebut dapat saya simpulkan beberapa perkara.  Masyarakat Cina bersedia bersatu mempertahankan hujah-hujah mereka walaupun kata-kata mereka tidak benar dan boleh mengguris perasaan orang Melayu; dan bangsa Melayu pula takut menyuarakan kebenaran demi menjaga hati dan perasaan rakan dan takut dituduh bersikap perkauman.  Namun yang lebih mengejutkan saya ialah mengapakah rakan-rakan saya yang berbangsa Cina yang nampak akrab bersama kami telah ditanam pemikiran yang sedemikian rupa terhadap orang-orang Melayu?  Persoalannya ialah siapakah yang membentuk mereka menjadi sedemikian? 

1 Malaysia Ide Lapok?

Ada yang mengatakan bahawa semangat 1 Malaysia sebenarnya sudah lama wujud.  Jadi mengapakah semangat ini perlu diperkatakan kembali?  Apakah Perdana Menteri kita sudah ketandusan ide lantas kembali kepada ide-ide lapuk?

Benar, saya setuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa semangat 1 Malaysia sebenarnya sudah lama wujud.  Kisah-kisah zaman silam saya dahulu adalah terjemahan kepada semangat 1 Malaysia.  Semangat ini sudah ada sejak lebih 30 -40 tahun dahulu atau mungkin lebih lama dari itu.  Saya masih ingat cerita dari ibu saya di mana pada tahun 40an dahulu bapa saya pernah menyembunyikan rakan karibnya yang berbangsa Cina di rumah kami kerana rakannya itu diburu oleh tentera Jepun.  Bayangkan seandainya rahsia penyembunyian itu terbongkar, sudah pasti nyawa bapa saya juga boleh turut melayang.  Sesungguhnya semangat setiakawan berbilang kaum sudah lama terjalin.

Akan tetapi semangat 1 Malaysia ini sudah semakin hilang dimakan zaman.  Semangat perpaduan kaum yang menyatu-padukan rakyat kini sudah tidak dipedulikan lagi.  Malahan masyarakat di negara ini sekarang lebih cenderung kepada perpecahan kaum.


Sekali lagi saya syorkan agar anda ketepikan hujah-hujah politik apabila membicarakan isu 1 Malaysia.  Ini adalah kerana  hujah hujah itu pasti akan lebih memecah belahkan lagi serpihan perpaduan yang masih tinggal.  Di zaman saya iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu juga telah pun ada parti-parti politik yang bertahan sehingga sekarang selain satu atau dua parti yang baru ditubuhkan kebelakangan ini.  Namun isu perkauman tidak dijadikan bahan untuk memancing sokongan atau untuk menjadi juara.  Parti-parti yang ditubuhkan ketika itu adalah untuk menyatu-padukan kaum dan bukan untuk berseteru dan memecah belahkan mereka.   Tidak perlu kita mempertikaikan hujah ini kerana sejarah sudahpun membuktikannya.   

Realitinya isu perkauman adalah isu paling genting masakini.  Semua pihak mahu bercakap, menjadi ‘hero’, cabar-mencabar, mendabik dada, tuduh-menuduh dan hina-menghina.  Para pemimpin menjadi gundah-gulana, tidak tahu lagi siapa kawan siapa lawan, penuh dengan prasangka, penuh muslihat, tertekan dan menekan, penuh dengan kecelaruan.  Isu perkauman dijadikan bahan mencari populariti, bahan menerjah lawan, bahan menikam kawan, bahan melepaskan dendam kesumat yang dirasuk syaitan.  Sampai bilakah kita perlu bersengketa?  Sekiranya isu anti-kaum ini terus dimainkan, tidak mustahil akan berlaku satu bencana yang sukar untuk digambarkan, dan kita akan diperlekehkan oleh generasi akan datang.

Saturday, November 6, 2010

Sistem Pembelajaran Semakin Berkecamuk

Bersatu kita teguh
Tidak dapat dinafikan juga bahawa sistem persekolahan rendah dan menengah juga adalah penyumbang kepada perpecahan kaum.  Saya tidak menyalahkan sistem persekolahan mengikut kaum kerana zaman saya dahulu pun sistem ini sudah dilaksanakan dan kami tidak pun berpecah.  Namun yang mahu saya perkatakan ialah penekanan terhadap matapelajaran yang diajar di sekolah-sekolah.  Rata-rata guru di sekolah lebih menumpukan kecermelangan murid dalam matapelajaran-matapelajaran teras sahaja seperti Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.  Matapelajaran-matapelajaran lain seperti Kemahiran Hidup, Sivik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Agama dan Moral sering diambil mudah.  Malahan ada pihak sekolah mengenepikan terus matapelajaran ini terutamanya terhadap murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 

Tidakkah mereka terfikir bahawa matapelajaran-matapelajaran yang dipinggirkan itu tidak kurang pentingnya disamping matapelajaran-matapelajaran teras tadi.  Malahan bagi saya, matapelajaran seperti Sivik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Agama dan Moral tersangat penting untuk dipelajari kerana matapelajaran-matapelajaran ini berperanan memupuk jatidiri dan semangat perpaduan antara kaum yang sudah semakin tidak ada lagi ketika ini.  Apa ertinya sekiranya kita berjaya melahirkan generasi yang cemerlang dalam matapelajaran teras tetapi dalam diri anak-anak ini tidak mempunyai nilai-nilai jatidiri dan kemasyarakatan yang utuh.  Masyarakat sudah tidak lagi kenal erti ketoleransian dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.  Mereka tidak kenal erti bertolak ansur, faham-memahami, bekerjasama dan saling membantu antara kaum.  Mereka tidak lagi merasa indah hidup berbilang kaum sebagaimana yang saya dan rakan-rakan saya pernah rasai ketika zaman kami kanak-kanak dahulu.

Apa Bezanya..

Satu kepuasan melatih mereka yang patuh pada arahan
Tanpa prajudis saya bertanya, adakah anak-anak anda mempunyai rakan-rakan akrab yang berlainan bangsa?  Adakah anak-anak anda boleh berbahasa atau memahami lain-lain bahasa yang dipertuturkan di negara ini?  Adakah anak Melayu boleh bernyanyi satu atau dua lagu Cina atau lagu India? Adakah anda menjadi contoh kepada anak-anak kerana anda akrab dengan jiran-jiran yang berbilang bangsa?  Atau rakan-rakan akrab anda hanya berada dalam kelompok bangsa anda sahaja?

Rakan-rakan, di sinilah akar umbi permasalahan perkauman yang kita hadapi sekarang ini.  Apabila isu perkauman dibangkitkan, kaum masing-masing menunding jari ke arah kaum yang lain.  Rata-rata generasi masa kini sudah tidak ada lagi perasaan kasih sayang dan hormat menghormati sesama kaum.  Kaum Cina, India dan Melayu saling salah menyalahi.  Pantang tercuit sedikit, pasti ada yang melenting.  Lebih teruk lagi kaum Melayu sudah berpecah sesama mereka, kaum Cina sudah tidak bersatu dan kaum India saling salah menyalahi.

Pasti ada yang mengatakan, “Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang.  Dahulu tidak banyak yang mahu dikejar dalam kehidupan.  Masyarakat dahulu terima seadanya.  Mereka kurang berpelajaran. Tekanan hidup mereka tidak sehebat sekarang.  Masyarakat sekarang mengejar kesempurnaan.  Sekarang zaman globalisasi, siapa yang ketinggalan dia akan tertindas”.

Memang bijak generasi sekarang berbicara.  Maklumlah sudah belajar tinggi.  Sedangkan mereka yang di kampung pun sudah petah berpolitik apakan lagi anak-anak muda yang pernah merantau jauh.  Mereka berpegang kepada prinsip ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing’. 

Mengapa Saya Menulis Tentang Kisah Lampau

Pasti ada yang bertanya, mengapa saya menceritakan kisah-kisah lampau yang ramai juga pernah melaluinya?  Bagi saya, inilah keindahan sebenar kehidupan di negara ini.  Keindahan yang sudah semakin luput ditelan zaman.  Walaupun kami berbeza dari segi ugama dan budaya namun kami saling hormat-menghormati budaya dan ugama masing-masing, kami sedar akan batasan perhubungan kami dan kami tidak pernah ada perasaan perasangka antara satu sama lain.  Ketika berlaku peristiwa hitam 13 Mei 1969,  pertelingkahan antara kaum Cina dan Melayu agak runcing di Lembah Kelang tetapi sebaliknya kami diluar bandar tidak langsung ambil peduli, kami hidup aman damai seperti biasa sahaja kerana kami sudah umpama satu keluarga besar.  

Biar saya pula bertanya kepada kalian semua.  Bagaimana pulakah kehidupan kanak-kanak di masa ini?  Saya pasti ada yang mengeleng-ngelengkan kepala sebelum menjawab soalan saya ini.  Pasti juga ada yang berkata, “Malas nak cakap”.  Namun pasti juga ada yang bangga dengan cara anak-anak mereka menjalani kehidupan sekarang.  Mereka bangga kerana anak-anak mereka celik komputer, berpakaian mewah, bertelefon bimbit, serta menghadap berbagai permainan dan peralatan canggih sehari suntuk di rumah. 

Impian utama para ibubapa terhadap anak-anak mereka ialah kejayaan anak-anak mereka mendapat deretan ‘A’ dalam UPSR, PMR dan SPM.  Anak-anak mesti patuh dan taat kepada kehendak kedua ibubapa mereka itu.  Jika anak-anak gagal mencapai ‘cita-cita’ kedua ibubapa mereka bermakna anak-anak ini boleh menjatuhkan air muka ibubapa mereka.

Aktiviti luaran seperti bersukan sudah tidak penting lagi.  Malahan aktiviti bersukan sudahpun dianggap sebagai aktiviti yang membuang masa dan boleh mengganggu prestasi pelajaran anak-anak mereka.  Kebebasan pergaulan di zaman kanak-kanak disekat terus oleh para ibubapa.  Pergaulan kanak-kanak dengan rakan-rakan sering dilihat pada perspektif yang negatif.

Lagi Kisah Di Zaman Kanak-Kanak


Tanpa kami sedari,  kami dapat mempelajari dan mengenali ugama dan cara hidup rakan-rakan yang berbangsa Cina dan India  secara dekat.  Kami juga sedikit sebanyak mula memahami bahasa Cina dan India yang dipertuturkan mereka.  Ada ketikanya kami beramai-ramai menyanyikan lagu Melayu, Cina dan India.    
 Adalah tidak benar sekiranya saya mengatakan bahawa tidak pernah berlaku perselisihan faham sesama kami.  Zaman kanak-kanak sudah pasti tidak dapat lari dari kenakalan dan perselisihan sesama rakan-rakan.  Kadangkala sehingga keperingkat tumbuk menumbuk.  Uniknya, perbalahan di zaman kanak-kanak kami tidak pernah menyentuh sensitiviti perkauman. 

Bagaimana kami boleh berkawan dengan begitu intim walaupun ada perbezaan warna kulit, budaya dan ugama?  Bagi saya, kami sekadar meneruskan perhubungan baik kedua ibubapa saya dan juga ibubapa mereka yang telah terlebih dahulu menjalinkan semangat setiakawan.  Bagi kami saat ketibaan Aidil Fitri, Aidil Adha, Tahun Baru Cina dan Deepavali adalah hari keraian kami semua.  Ketika Deepavali, saya tidak dapat bayangkan begitu banyaknya kuih-muih yang dihantar ke rumah kami oleh jiran-jiran kami yang berbangsa India. Terlalu banyak, maruku, kueh loyang, ‘masalode’, ‘uteli’, kueh keras yang kami gelar ‘kueh batu’, kueh kacang dan macam-macam lagi.  Begitu juga ketika hadirnya Tahun Baru Cina.  Apabila tiba hari perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha, rumah kami pula dikunjungi oleh rakan-rakan kami dan rakan-rakan ibubapa kami yang berbangsa Melayu, rakan-rakan yang berbangsa Cina dan India.  Kami juga mengambil kesempatan menghantar kueh-mueh ke rumah jiran-jiran terdekat.  Hari-hari seperti ini mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang sudah sedia terjalin erat.

Kisah Di Zaman Kanak-Kanak


Bagi anda yang pernah menjalani kehidupan kanak-kanak di luar bandar ketika itu, sudah pasti anda pernah berlarian di celah-celah denai, bermandian di parit-parit dan tali air, memanjat pokok, melastik burung, menyauk dan memancing ikan dan sebagainya.  Bagi saya, saya melalui zaman itu bersama adik, abang-abang, kakak serta bersama rakan-rakan kami.  Ingin saya ulangi bahawa selain rakan-rakan Melayu, rata-rata rakan-rakan kami ketika itu berbangsa Cina dan India. 

Kami membina rakit dari batang pokok pisang, mendaki bukit, bermain tanah liat, memakan buah-buahan yang tumbuh liar di hutan seperti buah rambai, buah salak, buah ungu, kami memetik pucuk-pucuk daun yang boleh dibuat sayur dan ulam.  Seperti kanak-kanak yang lain kami juga bermain bolasepak, bermain layang-layang dan berbagai lagi.  Permainan ‘karilapayat’ iaitu permainan tradisi masyarakat India juga kami adalah sbahagian daripada permainan kami.

Pengenalan Diri ku

Terlebih dahulu biarlah saya memperkenalkan siapa diri saya dan sedikit sebanyak tentang latarbelakang diri saya.  Saya adalah anak Melayu yang lahir di Tanah Melayu ini pada tahun 60an.  Saya adalah anak yang ke 10 daripada 11 orang adik beradik.  Kedua arwah ibubapa saya lahir pada tahun 20an.  Saya mempunyai 5 orang abang, 4 orang kakak dan seorang adik.  Mereka lahir pada tahun 40an, 50an dan 60an.  .  Saya didaftarkan ke sekolah pada tahun 1970.  Pada tahun 1976 saya berada di tingkatan tiga.  Saya menjejakkan kaki ku ke UiTM pada tahun 1984.  Mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata yang sekarang berumur 19, 14 dan 13 tahun.